Terkini

Teruntuk pasangan kekasih

Perhatian : Pasangan kekasih pada entri ini adalah khas untuk suami-isteri bukan yang selainnya. 



Kekadang hidup ini terasa muram…huhu…Hari-hari hanya berlalu begitu sahaja…tambahan pula,hidup berkeluarga,kesibukan seharian hingga memeningkan kepala…jika tiada sesuatu yang manis, pasti hidup membosankan atau terasa 'monotone' sahaja.

Pagi keluar bekerja,hantar anak ke sekolah,tadika atau taska,petang balik memasak,ajar anak mengaji,hujung minggu program, mesyuarat, banyaknya urusan ketimbang waktu yang kita miliki,manusiawinya akan terasa penat dan lama-kelamaan menjadi jenuh…itu pendapat saya.

Tidak hairanlah, semakin lama kita meniti usia berumahtangga…terasa ianya sesuatu yang biasa sahaja…bagi sorang isteri, memasak menjadi sesuatu yang rutin saja, mengemas hanya ambil syarat, nanti akan disepahkan semula oleh anak-anak…apatah lagi, melayan suami dari segala sudut, sampai satu tahap hanya menunaikan tanggungjawab berumahtangga! Betul atau tidak? Boleh tanya diri masing-masing…
ihsan google

Apa kata, kita mencipta kelainan pada cinta yang kita miliki, rumah yang kita huni bersama, cipta nuansa baru untuk keluarga kita….dengan jiwa dan nadi yang BARU….agar kita tidak melalui rutin hidup yang biasa-biasa, melelahkan juga membosankan….Kita, seorang wanita yang pasti mampu menyuntik nadi baru pada hidup insan di sekeliling kita…terutamanya suami dan anak-anak…
Kita mulakan hari ini di RUMAH
  • Ubah sedikit penampilan diri…(melawa sikit la..bila berada di rumah,pakai baju baru ke,ubah fesyen sikit kea tau ubah citarasa minyak wangi...)…Bila suami balik, pasti akan bertanya, “You ni buang tabiat ke?,” ….senyum dan jawab, “Ya, saya buang tabiat buruk saya yang tidak berhias untuk suami,”….Gulp!
  • Ubah sedikit kedudukan perabot yang ada sekadar yang termampu…pasang sarung kusyen baru@cadar baru@alas meja baru…(untung jika pandai menjahit, kos lebih murah!:)..Setidak-tidaknya keluarga merasa berada dalam suasana baru.
  • Ubah cara hidangan makanan…hehe…(tak kreatif? Tengok je la dalam majalah2 yang ada resepi tu…,Rasa ke,Saji ke..Sedap ke..)..Bagi Nampak ‘grand’ sikitla...
  • Cipta/cuba resepi-resepi baru untuk keluarga…(byk kat blog/buku resepi…cari jer…)..cuba jadikan masakan di rumah adalah yang paling sedap dan dirindui selalu.., bukan di kedai2/restoran2/hotel2…hehe…
  • Selitkan nota-nota cinta dalam dompet suami sebelum dia ke tempat kerja (boleh tiru mana-mana puisi cinta ke..)…ehe…biarpun dia buat-buat tak tau tapi, ada kesannya…
  • Ubah panggilan antara suami isteri…jika di awal perkahwinan, panggilan rasminya hubby, bebi,honey,ayang,anje…biasanya setelah ada anak, tiada lagi panggilan itu…diganti dengan abah, mama, umi,abi dsb…atau pada mereka yang kebiasaanya ber’I , You jer…atau saya, awak jer…cubalah tukar panggilan…Pasti akan rasa janggal macam mula-mula kahwin…(bagi yang tidak pernah bercinta sebelum kahwin..hehe)…
  • Sesekali sms ringkas pada suami kita…contoh: “Dah makan ? Rindu kat sayang….,”..kalau tengah makan, agaknya tersedak kot..Dah lama tak dapat sms seperti itu,awal-awal kahwin dulu je..hehe…
  • Ambil masa berdua, (tidurkan anak-anak lebih awal….), buatla sesi menggamit kenangan atau curahan perasaan…atau bertilawah bersama…
  • Sentuhan2 manja buat suami juga anak-anak…sambil senyum merekah di bibir, setiap yang memandang pasti turut merasa bahagia…(Ingat! Hanya hati yang bahagia yang mampu menebarkan bahagia!)
  • Dan….jangan tinggalkan ini : Tahajjud /Qiamullail bersama saat dinihari…berdoalah, moga Allah memberi rahmat dan keberkatan di setiap hela nafas sepanjang kita hidup bersama…Rumahtangga yang diberkahi Allah, pasti sentiasa tenang…setiap penghuninya akan sentiasa menjadi orang yang sabar saat ditimpa ujian…

Cuba buat hari ini, lihat kesannya pada diri kita,pada suami kita, pada anak-anak kita....Paling tidak, kita akan saling tertawa bahagia dalam suasana Sakinah,Mawaddah wa Rahmah...Amiin

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment