Kadang-kadang
kita merasa hidup kita terlalu sempit dan terhimpit...nak kena bayar itu
ini,gaji sebulan jarang cukup malah kekadang defisit...untuk berinfaq jauh
sekali...bersedekah pun jarang, tunggu bayar zakat fitrah je la...Allahu Rabbi!
Terlalu jauh umat ini dengan umat terdahulu. Jika dahulu para sahabat akan
mengutamakan sahabat yang lain dalam segala urusan termasuklah harta dan
keperluan...sikap itsar itu terlalu tinggi...hari ini kita menyaksikan terlalu
ramai manusia yang berfikir untuk diri sendiri, itupun tidak habis
fikir....apatah lagi mahu memikirkan orang lain.Hidup menjadi nafsi-nafsi....Ya
Allah jauhilah kami dari sifat dan sikap sebegini...
Bercakap
tentang hal ini,saya jadi teringat kisah kami berdua ketika baru mengenal alam
rumahtangga, baru memulakan langkah sendiri....saat kesempitan, Allah hantarkan
kepada kami seorang hambaNya yang sungguh mulia...
“ Tok!
Tok!...Assalamualaikum...,” ada suara memberi salam. Bila saya membuka pintu dan
berjabat tangan dengan pemilik suara itu (saya amat mengenalinya)...diselitkan
pada tangan saya sekeping kertas , “ Ambillah ini,” katanya. Belum sempat saya
melihatnya dan berkata apa-apa,dia telah berlalu pergi, tergopoh gapah...Bila
saya lihat, ada sekeping not RM50 di tangan saya...Ya Allah saya tidak pernah
meminta...Lalu saya SMS padanya menyatakan saya tidak mahu menerimanya...
“
Simpanlah,Ukhti mungkin memerlukannya nanti,” katanya...
Bukan
sekali dua, keadaan seperti itu berlaku,kadang-kadang tanpa saya sedari ada not
RM50 diselitkan....tapi saya tahu pasti si pemilik hati yang mulia itu yang
memberikan kepada saya...
Pada
suatu petang, ketika kami balik dari satu program, kami terkejut ketika mahu
memasuki rumah, ada satu beg kertas yang dipenuhi barang-barang. Suami saya
mengangkutnya ke dalam rumah...Bila dikeluarkan barang-barang tersebut,
alangkah terkejutnya saya! Di dalamnya ada sebungkus gandum, sebungkus susu,
beberapa biji telur, dan minyak masak....Ya Allah! Engkau mengirimkan hambaMu
itu lagi untuk menyelesaikan kesempitan kami....Saya menangis tanpa suami saya
menyedari...Pada ketika itu, di dapur kami tidak ada apa-apa melainkan sedikit
beras yang masih tersisa...Bagaimana beliau tahu????sehingga dihantarkan
keperluan2 seperti itu?...Hanya Allah yang tahu....
Pun,
keadaan ini berlaku bukan sekali, malah berkali-kali sepanjang 2 tahun kami di
Perak...Malah, pada suatu ketika saya diserang demam dan migrain yang teruk....
wanita itu juga yang hadir mengetuk pintu rumah dalam hujan renyai2 membawa
ubat kepada saya...(pada waktu itu suami saya ada tugas di luar dan tidak
sempat menghantar saya ke klinik)...Ya Allah, pada malam itu, dalam keadaan
masih sakit, saya bangun bermunajat kepada Allah, saya mendoakan agar Allah
membalas segala kebaikan wanita itu...semoga Allah memberi kemudahan kepadanya sekeluarga
di dunia dan akhirat...saya tidak ada apa-apa untuk membalas kemurahan hatinya,
saya cuma ada Allah, yang pasti membalasnya dengan yang lebih baik dari
pembalasan manusia.
Ketika
kami sudah berpindah ke Terengganu pun, beliau masih lagi memberi dan
memberi...saya jadi buntu ketika beliau memasukkan sebegitu banyak duit ke
akaun saya untuk kegunaan katanya...Ya Rabbi, dari manakah datangnya hati
semulia ini???...sedangkan sahabat-sahabat rapat sekalipun tidak pernah tahu
keadaan kami...tapi beliau tahu...sungguh! Hatinya yang mulia itu terlalu
sensitif terhadap hambaMu yang lain disekelilingnya....Terlalu sukar rasanya
untuk menemui sosok wanita seperti para Ummahatul Mukminin yang ada antaranya
digelar Ummul Masaakin pada zaman ini.Bukan niat saya untuk memuja apatah lagi
memuji melangit tinggi, tetapi itulah hakikat apa yang saya rasai...
Ya Allah!
Berilah peluang untuk saya menjadi sepertinya....
“Barangsiapa
yang tidak mempunyai apa-apa, tidak mungkin mampu memberikan apa-apa”...Saya
menangis dan menangis lagi!!! Jadikanlah saya orang yang mempunyai apa-apa,
agar saya mampu untuk memberikan apa sahaja.....
0 comments:
Post a Comment