KUALA LUMPUR 19 Feb. - Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berpandangan, isu berkaitan hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual (LGBTIQ) tidak sepatutnya dibincangkan dari sudut keagamaan.Sebaliknya, Comango meminta sebarang perbincangan berkaitan tuntutannya agar Malaysia mengiktiraf identifikasi orientasi seks dan gender (SOGI) yang merangkumi hak LGBTIQ, dihadkan dari segi hak asasi manusia sahaja.
Pandangan itu disuarakan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean apabila diminta mengulas tentang pengharaman amalan LGBTIQ di dalam Islam dengan berlandaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran pada sidang akhbar di pejabat Dignity International, Petaling Jaya dekat sini hari ini.
"Kita tidak terlibat dalam perbincangan keagamaan, kita berbincang dari segi hak asasi manusia," katanya...
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_08/Comango-dakwa-tuntutan-hak-LGBTIQ-bukan-isu-agama#ixzz3PsoeYvlP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Memetik semula artikel yang ditulis oleh Mohd Afiq Syazwan di http://www.ismaweb.net ...COMANGO berselindung di sebalik slogan kebebasan.
1. Premis kefahaman yang pertama
Sebelum pergi lebih jauh dalam memahami
ancaman COMANGO: hak asasi acuan Barat adalah batil; hakikat hak asasi
Barat itu sendiri sebenarnya berlawanan dengan Islam yang merupakan cara
hidup yang menyeluruh. Atas premis ini, kita tidak seharusnya menerima
bulat-bulat undang-undang hak asasi sedunia yang sedang dimainkan oleh
COMANGO di persidangan UNHRC UPR.
2. Layakkah COMANGO dibela disebabkan mereka memperjuangkan beberapa perkara yang baik?
Ada yang melihat kebaikan dalam laporan
dan desakan COMANGO kepada kerajaan. Ada satu contoh yang diberi,
merujuk kepada hak binatang dalam Perenggan 7.2.1 dan 7.2.2,
“Research has
shown that there is a connection between violence against animal and
violence against humans: pet abuse is 1 of 4 predictors of domestic
violence; 65% of persons arrested for animal crimes have been arrested
for battery against another person; and of 36 convicted multiple
murderes, 46% admitted torturing animals as adolescents.
Promoting and protecting animal rights
is important in itself, but may also have an impact on Malaysia’s
efforts to reduce violent crimes.”
Perlukah COMANGO pergi ke peringkat
antarabangsa untuk menegakkan hak binatang? Janganlah kita mudah
dikelabui oleh beberapa saduran yang memberi imej baik kepada permainan
sebenar COMANGO.
3. Apakah sebenarnya permainan COMANGO?
Saya petik beberapa perenggan dari laporan COMANGO. Sila rujuk laporan COMANGO di UPR;
3.3 There is also no mention of SOGI rights or the rights of indigenous peoples.
- Dalam konteks apakah hak SOGI ini
dibentangkan di UN? Adakah hak sekelompok LGBT untuk makan dengan aman
di restoran? Kita kena melihat dari konteks yang lebih luas.
- Rujukan COMANGO dalam perkara ini ialah The SOGI Rights Report. Laporan itu jelas sekali datang dari tindakan pengharaman Seksualiti Merdeka oleh kerajaan. Secara tersirat, COMANGO memperjuangkan hak LGBT. Siapa kata COMANGO tidak mahu LGBT berleluasa?
4.3 Malaysia’s implementation of the CEDAW Committee’s recommendations is poor especially when they touch on matters which intersect with religion and culture, e.g., the requirement of the wali’s (guardian) consent for the prospective bride even though she is an adult.
- Mempersoalkan rukun nikah umat Islam; ini bukan menentang syariat Islam? (Rukun nikah ketiga: wali.)
4.7 Fully comply with the recommendations made by the CEDAW and CRC Committees.
- Siapa dia CEDAW? Ia merujuk kepada Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women. Antara kebatilan mereka ialah:
a) menentang fatwa kebangsaan 1982 berkenaan pertukaran jantina,
b) menentang fatwa kebangsaan 2008 berkenaan hukum pengkid,
c) menentang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkenaan hubungan sejenis,
d) mempersoalkan pengharaman Lembaga Penapisan Filem 2010 terhadap watak-watak filem yang memaparkan karakter LGBT
e) menentang pengharaman Seksualiti Merdeka
f) memperjuangkan Prinsip Yogyakarta.
g) berjuang agar kerajaan mengiktiraf golongan transgender
h) berjuang agar LGBTIQ diiktiraf.
b) menentang fatwa kebangsaan 2008 berkenaan hukum pengkid,
c) menentang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkenaan hubungan sejenis,
d) mempersoalkan pengharaman Lembaga Penapisan Filem 2010 terhadap watak-watak filem yang memaparkan karakter LGBT
e) menentang pengharaman Seksualiti Merdeka
f) memperjuangkan Prinsip Yogyakarta.
g) berjuang agar kerajaan mengiktiraf golongan transgender
h) berjuang agar LGBTIQ diiktiraf.
COMANGO mahu kerajaan Malaysia memenuhi semua cadangan CEDAW. Adakah ini selari dengan syariat Islam?
6.1.1 Malaysia refuses to recognise SOGI rights as human rights. Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LBGTIQ) are vilified, face violence and are subjected to constant harassment by state and non-state actors alike.
- Cukup satu contoh yang diberikan oleh COMANGO; kes serbuan sebuah pusat kesihatan dan kecergasan di Pulau Tikus,
Georgetown, Pulau Pinang yang sebenarnya merupakan sarang maksiat yang
menawarkan khidmat seks kepada golongan gay. Budaya songsang inikah yang
hendak dipertahankan? Ya, kaunseling perlu diberikan, mereka perlu
dibawa kembali kepada fitrah yang sebenar, tetapi pada masa yang sama,
undang-undang juga mesti dikuatkuasakan untuk mencegah budaya jijik ini
dari menular. Masalah ini tidak akan selesai dengan melayan kehendak
mereka.
9.2.2 The Penal Code contains several gender discriminatory provisions, including: Section 498 that makes it a crime to entice away a wife for sexual intercourse; and Section 375A does not make marital rape a crime.
- Seksyen 498. Undang-undang kata,
sesiapa yang memikat isteri orang untuk tujuan seks, adalah merupakan
kesalahan jenayah. COMANGO, melalui CEDAW membantah undang-undang
sebegini. Kenapa? Kerana COMANGO memperjuangkan hak kebebasan wanita untuk berfoya-foya dengan lelaki lain. Jelas sekali, ini bertentangan dengan akidah umat Islam.
10.1.3 5,100 Malay-language Bibles were defaced by the Government.
- Ini merujuk kepada kes penahanan Bible
Melayu di Port Klang dan Kuching pada 2011. Buat kesekian kalinya, hal
ini sepatutnya sudah jelas, siapa yang bersalah. Sekiranya tiada
provokasi awal dari pihak gereja untuk berkeras menggunakan kalimah
Allah dalam Bible, tidak akan ada isu. Sejak 1986, kerajaan
dan badan Islam yang berkaitan telah cuba utk bertoleransi dengan
memberi peringatan demi peringatan kepada pihak gereja untuk menghormati
perlembagaan dan sensitiviti agama di Malaysia. Hanya
pada Januari 2014, JAIS ambil tindakan tegas dengan merampas. Selepas
29 tahun peringatan demi peringatan. Dalam sesi UPR 2013, COMANGO mengkhianati negara dengan membawa isu ini di peringkat antarabangsa. Mereka ini patut ditentang habis-habisan.
10.1.6 There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e g , Shiite, are labelled as ‘deviant’ and actions may be taken against them.
- Secara spesifik, mereka memilih untuk memperjuangkan kebebasan beragama untuk golongan Syiah. Dan
kita semua tahu, negara ini milik ahlus sunnah wal jamaah. COMANGO mahu
umat Islam hidup kucar-kacir. Cukuplah senario politik dunia mengajar
kita; Syria (bagaimana Bashar al-Asad menyembelih warganegara Sunni),
Iraq (bagaimana liciknya penguasaan Syiah ke atas Iraq. Perdana Menteri
Iraq kini ialah Nouri al-Maliki, seorang Syiah), Mesir (bagaimana ada
kelompok syiah mengambil peluang dalam revolusi menjatuhkan Presiden
Mesir, Mohamed Mursi), etc.
10.1.11 A Hindu husband converted to Islam and converted their 3 infant children to Islam without his wife’s knowledge or consent. The religious authorities insist that the father had the right to convert the children unilaterally to Islam.
- COMANGO merujuk kepada kes M Indira Gandhi yang
telah mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan
anak kepada ayah mereka (bekas suaminya, juga bekas Hindu), Muhammad
Ridzuan Abdullah. Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh telah membatalkan
pengislaman anak-anak mereka kepada Islam. COMANGO sebenarnya memperjuangkan hak untuk murtad. CEDAW dirujuk dalam membuat penghakiman.
- Bukankah ini jelas menunjukkan COMANGO berniat melawan syariat Islam?
Saya rasa cukup sekadar ini; sekadar beberapa petikan perenggan dari laporan COMANGO untuk kita sama-sama renungi.
Cubalah kita cari sebanyak
mana sekalipun kebaikan yang ada di dalam tuntutan COMANGO, ia tetap
tidak mengubah hakikat agenda tersirat mereka yang hendak meruntuhkan
Islam di bumi Malaysia. Kita boleh bertoleransi dalam banyak perkara,
tetapi selagi mana ada kudrat, kita tidak boleh langsung bertoleransi
dalam perkara berkaitan akidah.
Mari hayati kembali kesungguhan
Rasulullah SAW mempertahankan risalah akidah ini apabila baginda diajak
untuk berunding, baginda melafazkan satu kalimah agung,
“Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.”
Sehingga kita menang, atau kita binasa.
Allahu akbar!! Saya merasakan isu ini tidak ramai yang tahu bahkan
mungkin sebagai halwa telinga atau hanya menganggap ianya penyeri sahaja
di dada akhbar..bangkitlah duhai ummat!!!.
Ingin tahu lebih lanjut isu ini boleh baca di SINI.
0 comments:
Post a Comment