Terkini

Tanyalah dirimu sebelum ditanya


Soalan-soalan yang boleh diajukan kepada diri kita yang selalu lalai :-

1. Berapa kalikah istighfarku hari ini?

2. Berapa halamankah Al-Quran yang aku baca hari ini?

3. Berapa waktukah antara solat lima waktu hari ini yang  aku benar-benar lakukannya dengan khusyu'?

4. Berapa kalikah solat rawatib yang aku tunaikan hari ini?

5. Berapa kalikah aku qiamullail minggu ini?

6. Berapa kalikah aku menunaikan solat Dhuha minggu ini?

7. Berapa kalikah aku menunaikan hak kesihatan jasmaniku minggu ini?

8. Berapa kalikah aku berselawat ke atas nabiku walhal aku mengatakan bahawa aku mencintainya?

9. Berapa kalikah aku menghabiskan 30 juzu' Al Quran sebulan berbanding aku membaca jurnal-jurnal ilmiah,novel-novel dan buku-buku lain?

10. Berapa kalikah aku menziarahi dan menunaikan hajat saudara-saudara seagamaku minggu ini?

11. Berapa banyakkah aku bersedekah hari ini?

12.Berapa kalikah aku merungut tidak sabar dan tidak puas hati dengan orang lain pada hari ini?

13. Berapa banyakkah maksiat mata,telinga,hati,anggota-anggota zahir yang aku lakukan hari ini dalam keadaan sedar mahupun tidak?

14. Berapa banyakkah prasangka buruk yang ada dalam hatiku?

15.Adakah aku ikhlas melakukan segala tugasan,amanah, dan tanggungjawab yang diberikan padaku?

16.Berapa kalikah aku muhasabah diri hari ini? Atau aku adalah orang yang budget bagus?

17.Seberapa jauhkah aku mengelakkan diri dari perkara-perkara syubhah?

18.Berapa ramaikah orang yang aku temui hari ini,lalu aku ajak mereka untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan?

19.Berapa kalikah hari ini aku mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seagamaku yang diberi ujian?

20. Berapa kalikah aku mengingati mati hari ini?

Banyak lagi soalan-soalan lain yang boleh ditanya pada diri.

Bila diri sibuk dengan hal-hal untuk mengislahkan diri,nescaya kita tiada masa untuk mencari kelemahan orang lain. Tiada masa untuk saling menceritakan keburukan orang lain.

Dan... jika kita 'claim' kita sangat sibuk dengan urusan-urusan kita seharian, sedarlah bahawa Raqib dan Atid juga sibuk mencatatkan  segala KPI yang kita capai atau tidak untuk dipersembahkan di hadapan Allah. Sama ada kita adalah golongan maimanah atau golongan masy'amah, kita tidak pernah tahu. Tapi kita wajib bersedia sebaik mungkin dan terus-menerus berdoa agar amal yang sedikit ini diterimaNya.

Dan.. kita mengharapkan kita menjadi golongan yang disebut Allah.

" Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya.Allah redha terhadap mereka dan mereka redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya" -98:8

Kesimpulannya, sibukkanlah dirimu dengan sesuatu yang mengislahkan dirimu dan ajaklah orang lain juga untuk bersamamu.

Sentap dengan kata-kata Buya Hamka :

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

Jadi, kita bagaimana?

Marilah beramal sementara masa masih ada. Janganlah banyak merungut.

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment