Terkini

Kenangan Tarbiyah Ramadhan 2

Day 2

Hawa   : Hari ni nak kene siapkan baju Husna.Lama dah ni, kesian dia. Ummi dia pun dok tunggu-tunggu agaknya. 

Suami  : Kain lycra yang nak buat belang-belang kat tangan tu dah ada ke?

Hawa   : Belum. Jom teman pergi beli kat kedai dekat-dekat sini.

Suami   : Ok je. Abang free hari ni.

Hawa   :  Terima kasih.

Sesampainya di kedai saya memilih warna-warna yang sesuai seperti contoh yang diberi ummi Husna. Nak buat baju sedondon. Hehe.

Hawa   : Dik, akak nak yang ni, yang ni dan yang ni. Tiga ni tolong potong satu meter setiap satu ya.

Adik A : Ok kak. Kak tunggu kat kaunter la. Saya bawa ke sana.

Hawa   : Ok. Kak nak tegok kain lain dulu lah.

Adik tersebut senyum.

Lama saya meninjau-ninjau sehingga ke bahagian pakaian siap. Terdetik di hati nak pergi tengok kain saya dah siap potong ke belum. Intai di kaunter masih tak ada. Jadi, saya ke tempat adik tadi. Oh! Masih memotong. 

Bila saya sampai, saya nampak dia cepat-cepat lipat kain yang baru siap dipotong. Matanya pandang saya tak macam waktu mula-mula masuk kedai. Kita boleh rasa kan kalau orang buat salah macam mana? hehe.

Dipendekkan cerita, saya pun bayarlah di kaunter. Adik tu bagi plastik berisi kain dan cakap terima kasih. Suaranya bergetar semacam dan gayanya seolah-olah nak suruh saya cepat keluar.Siap hantar ke pintu kedai.Astaghfirullah! Saya dah sangka buruk.

Sesampainya di rumah, saya membuka plastik tersebut...Satu persatu kain lycra itu saya keluarkan.

Surprisingly, ada satu kain yang berwarna purple gelap dipotong senget. Saya tak kisah senget, asal cukup 1 meter seperti yang diminta... tapi, yang jadinya... atas cukup 1 meter, bila tengok ke bawah, hanya 2 inci. Allah.Memang senget betul. Adik tu pertama kali saya tengok kat kedai tu. Pekerja baru kot yang belum mahir potong kain?..

Lebih kurang macam ni bentuk kain yang saya dapat...haha...
Setelah bincang-bincang panjang dengan suami, saya ke kedai semula. Apa yang terjadi sangat-sangat menguji kesabaran saya.

Sampai sahaja di kedai kain itu, adik tersebut nampak saya datang.Ketika itu, tiada pelanggan dan semua pekerja sekitar 5 orang berlegar-legar di hadapan kaunter. Adik yang potong kain saya tadi terus mendapatkan saya. Saya senyum. Saya tahu apa saya nak buat.. Haha.

Adik A  : Ya kak, ada apa-apa masalah?

Hawa    :  (Senyum lagi). Saya nak tukar kain yang di potong tadi.

Adik A : Kenapa ya? (kau boleh tanya kenapa? Sabar Hawa..haha).

Hawa   : Maaf, akak tak nak cakap dengan awak. Akak nak cakap dengan pekerja sorang lagi.
Kain ni dipotong tak cukup meter dan senget.

Pekerja-pekerja yang berada di hadapan kaunter tersebut semuanya berkumpul di hadapan saya.

Pekerja A (saya jangka supervisor kat situ,selalu nampak)  : Kenapa kak?

Hawa        : Saya nak tukar kain yang dipotong tak cukup meter. Boleh kan?

Pada masa yang sama adik yang potong kain saya tadi menarik plastik yang ada di tangan saya dan mengambil kain tersebut dan dibentangkan di hadapan pekerja-pekerja yang ada di situ. Hati saya panas.

Adik A  : Aah, senget ni. Boleh ke nak tukar?

Dia bertanya kepada pekerja yang saya anggap supervisor tu. Dalam hati saya, pandainya budak ni berlakon.Sabar Hawa...Senyum.

Pekerja A  : Siapa yang potong ni? 

Tiada siapa yang mengaku.

Adik tadi tu juga tidak menjawab tetapi secepatnya dia berpaling ke arah saya.

Adik A    : Tak pe kak, nanti kita potong lain ya.

Saya senyum. Saya biarkan dia terus berlakon di hadapan supervisornya itu...

Hawa      :  Maaf dik , akak tak nak awak yang potong nanti tak cukup meter lagi. Biar orang yang biasa potong kain lycra yang potong.

(Sengaja saya kuatkan sedikit suara supaya pekerja lain dengar. Saya tidak berniat untuk memalukannya, tapi lakonannya yang 'super cool' itu menyebabkan saya berfikir, budak ini perlu disedarkan.)

Ringkas cerita, setelah kain saya dipotong, saya mengambilnya dan ingin segera pulang.

Adik A  : Kak, mintak maaf ya.

Tak sangka dia nak minta maaf. Tahu salah rupanya? Apesal kau berlakon?....Oh! Hatiku!..haha.

Hawa    : InsyaAllah. Akak tak marah. Cuma akak lagi suka kalau awak jujur dan berkata benar.Dari awal,waktu awak menggelabah lipat kain tadi tu, akak dah rasa ada 'something wrong' dengan awak. Semua orang tak suka manusia tak jujur dan suka 'berlakon'. Awak kena ingat, even lakonan awak berjaya mengaburi mata manusia, Allah tetap tahu.Tetap akan ditayangkan semula di akhirat kelak. Awak nak ke macam tu? Ok. Akak minta maaf juga kalau kata-kata akak ni menguriskan perasaan awak. Tapi akak terpaksa cakap supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Maafkan akak ya. Assalamualaikum. (Senyum)

Saya tinggalkan dia dalam keadaan terkaku memandang saya. Allah! Berikanlah hidayah kepada adik tersebut dan aku juga agar sentiasa jujur dalam muamalah.

Hari ini saya belajar menahan marah.Indahnya sabar walaupun tak berapa nak sabar. Jauh sungguh saya dengan mereka yang lebih soleh..Huhu.
 

 

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

2 comments:

  1. Ya benar, sabar itu indah.. Subhanallah, if berlaku pada wawa pn wawa tak tahu nak respon macam mana. Tahniah kak, mampu bersabar..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah, sama-samalah kita didik diri kita jadi orang yang sabar. Saya pun tak berapa nak penyabar juga.Hehe=)

      Delete