Terkini

Anak Kita, Bukan Anak Batman !

Allahu Akbar Walllahilhamd!


Terasa luluh hati ini melihat berita yang terpampang di dada akhbar dan di blog-blog para du'at.
Entah kenapa fikiran saya terpanggil untuk mengingati saat-saat akhir Syed Qutb,seorang penulis karya tafsir yang tiada tandingannya,Fi Zhilalil Quran. Sebuah tulisan yang nilainya cukup tinggi bagi siapapun yang ingin mengambil hikmahnya, yang ditulis disaat beliau berada di dalam penjara.
Satu persatu pejuang agama disabitkan kesalahan dan menerima hukuman mati...Hassan Al Banna, Syed Qutb,kini...Dr Morsi . Keputusan akhir pada 2 Jun ini.


Morsi sebelum ini sudah dikenakan penjara 20 tahun selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menangkap dan mendera perusuh ketika memegang jawatan Presiden.
Pihak berkuasa agama Mesir kini perlu memberi pendapat mereka sebelum hukuman itu dilaksanakan.


Penyokong Morsi, Ikhwanul Muslimin menyifatkan tuduhan terhadap beliau sebagai melucukan.
Morsi digulingkan oleh pihak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah El-Sisi pada Julai 2013 selepas tunjuk perasaan besar-besaran membantah pemerintahannya.
Sejak itu, pihak berkuasa Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan menangkap beribu-ribu penyokongnya.

Morsi yang dituduh melarikan diri dari Penjara Natroun pada Januari 2011 turut dituduh berpakat dengan militan luar dalam rancangan untuk membebaskan golongan radikal Islam yang dipenjara.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman mati terhadap 16 ahli Ikhwanul Muslimin, termasuk Timbalan Ketuanya, Khairat al-Shater, atas tuduhan mengintip.

Beratus-ratus orang sudah dijatuhkan hukuman mati selepas pihak berkuasa Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin.

Bagaimanapun, setakat ini hanya satu hukuman mati dilaksanakan.
Semua hukuman mati mesti dimaklumkan kepada Mufti Besar, pihak berkuasa agama Mesir, bagi mendapatkan pandangannya sama ada mereka patut menjalani hukuman atau tidak.
Panjang lagi huraian tentang isu ini. Tapi apa yang saya ingin saya katakan, ambillah seberapa banyak Dr Morsi yang ada, kerana saya cukup yakin akan lahir beribu-ribu Morsi kecil yang saat ini sedang dipersiapkan untuk meneruskan legasi perjuangan Islam sehingga ke akhirnya. Kami umat islam tidak pernah gentar dan takut dengan sebarang ancaman.


"Aku mati di tali gantung disebabkan aku mempertahankan kalimah Allah, tetapi kalian para syeikh agama menyembunyikan kebenaran ini semata-mata sebuku roti yang ingin kau nikmati"

Lebih kurang begitulah kata-kata Syed Qutb di saat beliau berdepan dengan hukuman mati.
Allahu Akbar!

Duhai! Para ummahat sekalian, didiklah anak-anak kita menjadi Hasan Al Banna Junior, Syed Qutb Junior mahupun Dr Morsi atau Dr Yusuf Qardhawi Junior. Perhatikanlah bahan bacaannya,siaran tontonannya. Jangan biarkan mereka menjadi generasi ultraman, Power Rangers, Frozen yang penuh khayalan. Tetapi, hakikatnya mereka tumbuh menjadi kijang yang pengecut atau lembu yang dicucuk hidungnya kerana mereka tidak pernah tahu apa yang terjadi dengan dunia Islam.Kenapa? Kerana mereka tidak dididik untuk mengetahui, memahami dan mengenali sejarah mereka,sejarah kebangkitan Islam. Bahkan mereka tidak pernah tahu siapakah pejuang Islam yang sebenar. Mereka hanya kenal watak-watak hero dalam Avatar, Dark Knight, Batman dan lain-lain.Mereka anak kita,bukan anak Batman atau watak apa sekalipun.

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment