Terkini

Pening betullah dengan geng Feminist ni...

Bismillah walhamdulillah...


Feminisme? Menuntut hak kesamarataan wanita. Mahu segalanya sama dengan lelaki.

"Gerakan feminisme iaitu suatu gerakan yang meminta persamaan hak wanita dan lelaki atau juga yang disebut dengan gerakan kesetaraan gender berasal dari pandangan hidup masyarakat Barat. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa : “Feminism is the belief, largely originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. 
( Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak-hak dan kepentingan perempuan )."-The New Encyclopedia Britanica, Chicago, 15th edition, hal.723.


Oh! Itulah yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak di Malaysia ini. Tidak cukupkah dengan keistimewaan yang Islam berikan kepada seorang wanita.Allah sudah memaktubkan sedemikian indah peranan wanita. Apabila seorang wanita dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas di rumah,mendidik generasi pewaris tidak bermakna dia tidak ke depan dalam hal ekonomi, tidak bermakna dia tuli terhadap politik, tidak bermakna dia rendah dari segi status sosialnya.Bahkan peranan wanita cukup diperlukan dalam semua bidang yang ada di dunia ini.Islam itu syumul dan membenarkan wanita untuk terlibat sama dalam semua perkara asalkan sesuai dengan fitrahnya dan selari dengan apa yang dituntut oleh

" Munculnya gerakan feminisme pada masyarakat Barat tidak terlepas dari sejarah masyarakat Barat yang memandang rendah terhadap kedudukan perempuan, dan kekecewaan masyarakat Barat terhadap pernyataan kitab suci mereka terhadap perempuan. Pakar sejarah Barat, Philip J.Adler dalam buku “World Civilization” menggambarkan bagaimana kekejaman masyarakat Barat dalam memandang dan memperlakukan perempuan. Sampai abad ke 17, masyarakat Eropah masih memandang perempuan sebagai jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan untuk menggoda manusia, dan meyakini bahawa sejak awal penciptaannya, perempuan merupakan ciptaan yang tidak sempurna. Oleh sebab itu perempuan disebut dengan “female” yang berasal dari bahasa Greek. Ayat “femina” berasal dari kata “fe” dan “minus”. “Fe” bermakna “fides”, atau “faith” yang bererti kepercayaan atau iman. Sedang “mina” berasal dari kata “minus” yang bererti “kurang”. Maka “femina” adalah “seseorang yang mempunyai iman yang kurang”.- Philip J.Adler, World Civilization, Belmont, Warworth, 2000, ha. 289

Siapa yang pada asalnya memandang rendah pada wanita? Siapa yang pada awalnya memang menindas wanita? Tentu mereka yang bukan beragama Islam.Kerana Islam sejak dari awal mengangkat darjat wanitanya.

Sebahagian ungkapan dalam Bible yang merendahkan martabat wanita:

“Kejahatan lelaki lebih baik daripada kebajikan perempuan dan perempuanlah yang mendatangkan malu dan nista” ( Sirakh 42 : 14 )

“Setiap keburukan hanya kecil dibandingkan dengan keburukan perempuan, mudah-mudahan ia ditimpa nasib orang yang berdosa” ( Sirakh 25 :19)


“Darjatnya (perempuan) di bawah lelaki dan harus tunduk seperti tunduknya manusia kepada Tuhan” (Efesus 5 : 22 )


“Permulaan dosa dari perempuan dan kerana dialah kita semua mesti mati” (Sirakh 25 : 4 )


Daripada tekanan-tekanan yang lahir dari pihak gereja ini, maka lahirlah perlawanan terhadap kuasa gereja dengan dimulai dengan Revolusi Perancis 1789.

" Gerakan pembaharuan intelektual “Renaissance” di Barat memberi pengaruh yang kuat terhadap gerakan feminisme dan kesamaan gender. “Declaration of the Right of Man and of the Citizen” yang muncul pada tahun 1789 menjelaskan tentang kewarganegaraan Perancis gagal memberikan status yang sah kepada perempuan sehingga pada tahun 1791 diisytiharkan “Declaration of the Right of Women and the (Female) Citizen” yang menyatakan bahawa bukan sahaja perempuan setaraf dengan lelaki, tetapi merupakan pasangan (partner) dalam seluruh bidang kehidupan."

Gerakan feminisme atau persamaan gender ini berasal dari ajaran persamaan (equality) dalam segala hal dalam masyarakat Barat. Salah satu teori feminisme radikal adalah menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam soal hak sosial dan juga hak-hak seksual. Jika kepuasan seksual dapat diperoleh antara hubungan lelaki dan perempuan, maka dalam teori persamaan gender, kepuasan seksual dapat diperoleh dari kepuasan hubungan sesama jenis kelamin, baik sesama lelaki (homoseksual) atau sesama perempuan (lesbian). 

Oleh sebab itu kaum homoseksual atau kelompok lesbian harus diberi hak sama sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki dan wanita yang lain. Bagi gerakan feminisme, seorang wanita tidak boleh mempunyai kebergantungan hidup kepada lelaki baik dalam soal keperluan hidup, ekonomi, politik, sampai kepada keperluan seksual. Sikap memberikan hak yang sama kepada kaum homoseksual juga merupakan tindak balas terhadap kekejaman masyarakat Barat terdahulu kepada kaum Homo. Robert Held, dalam bukunya “Inquisition” menerangkan bagaimana sikap masyarakat Barat dahulu yang sangat kejam terhadap kaum homo, dengan memuat gambar-gambar dan lukisan model alat yang dipakai untuk penyeksaan seperti pencungkil mata, gergaji pembelah manusia, pemotong lidah, alat penghancur kepala, terhadap perempuan dan kaum Homo.Sikap kekejaman akhirnya menuntut kebebasan tanpa batas terhadap hak-hak perempuan dan kaum Homo.

Seakan-akan masyarakat Barat terjebak dalam dua sikap yang berlebih-lebihan (sikap ekstrem) di mana dahulu mereka memperlakukan perempuan dan kaum Homo dalam tingkat kekejaman dan sekarang mereka memberikan hak kebebasan sebagai kemarahan atas perlakuan terdahulu. Dapat diambil kesimpulan bahawa tuntutan kebebasan perempuan dan persamaan gender tersebut hanya sesuai pada masyarakat Barat yang mempunyai sejarah penindasan terhadap perempuan, dan tidak sesuai bagi masyarakat yang telah menghargai perempuan seperti masyarakat Muslim yang mempunyai ajaran dan tradisi memuliakan perempuan.-Muhammad Ariffin bin Ismail
(Panel Jawatankuasa Pemikir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)


Banyak lagi tentang sejarah gerakan feminisme dan apa yang mereka sedang lakukan hingga saat ini untuk merekrut ummat supaya  menyahut seruan idea mereka.

Saya tefikir, mereka yang buat hal, mereka yang tidak meletakkan fungsi seorang wanita itu dengan adil,tetapi mereka datang kepada kita menyerukan idea mereka, menyatakan perjuangan mereka itu adalah perjuangan suci untuk meletakkan wanita sama mulia dengan lelaki,sama taraf dengan lelaki,sama peranan dengan lelaki, sama berjaya dengan lelaki,sama dari segi segala-galanya, seolah-olah dalam Islam tidak pernah diajar bagaimana menyantuni dan bertindak adil terhadap wanita dalam semua perkara. Padahal, mereka buta tentang Islam,mereka mengkaji Islam sekerat-sekerat sahaja,lalu mereka hadir dengan kesimpulan mereka sendiri.

Duhai! Para pendokong feminisme sekalian, ketahuilah bahawa Islam sudah cukup adil dalam meletakkan hak wanita dan lelaki sesuai dengan fitrahnya. Tidak perlu lagi kalian manyeru sesuatu yang menampakkan kalian golongan ekstrem kerana kami dalam Islam sudah sedari awal meraih kemulian dengan keadilan yang diberikan kepada kami dalam segala hal.

Bagi golongan intelektual Melayu Islam yang cetek pemikirannya, yang juga bertuhankan Barat, kembalilah kalian bertuhankan Allah, kerana jaminan keadilan yang kalian inginkan akan dapat kalian rasai setelah kalian benar-benar beriman dan mempraktikkan segala yang disusun indah oleh Islam dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”
  ( Surah al Ahzab 33 : 35 ).

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”.
 (Surah an-Nahl 16 : 97)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah at-Taubah 9 : 71)




About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment