Terkini

Berukhwah dengan manusia bukan kucing


Tajuk entri yang tak berapa best! Macam mengeluh pun ade, tapi tak baik mengeluh....setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah..sudah tertulis,cuma kita sebagai hamba perlu menilai dengan teliti setiap apa yang berlaku, dan... ambil pengajaran.Jangan ulangi kesilapan yang sama.

Terasa nak berkongsi kisah ini....

Pada suatu malam....seorang mad'u menerima pesanan ringkas dari kakak halaqahnya..dan kawan-kawan yang lain...

SIS Y : "  Slm, jom esok ada jogging di Pantai Teluk Cempedak, then kita ada perlawanan bola  tampar,mula 7.30 a.m.datang ye!"

Mad'u Reply  : "Maaf kak saya demam, tak tahu lagi boleh datang tak....,"

SIS Y  : " Oh ye ke..syafakillah, kalau perlu bantuan bagitahu ya.Esok kalau boleh datang jadi pengadil je pun takpe"

Treet.... treet....

SIS G : "Jom! Jam 7.30 am esok ada jog n perlawanan bola tampar di T.C."

Mad'u Reply : "Maaf, saya tengah demam, tak pasti boleh datang tak."

No reply from SIS G...SMS xsampai kot...

Treet....Treet....

SIS F : "Slm, sihat ke?Jom riadah esok jam7.30am.

 Treet...tereeet...

 SIS F : "Nape kami  SMS tak reply pun?"

Pada masa ini Si Mad'u sudah tidak berdaya untuk membuka mata...Sakit kepala Allah sahaja yang tahu...mata berpinar-pinar...Actifast yang masih berbaki entah bila punya dicapai, merangkak mencari air di dapur...Ya Allah...seksanya tinggal sendirian waktu sakit begini. Suami pula ke luar kawasan...Moga Dia memberi kekuatan.

SIS G : "Jam 7.00am akak ambik awak kat rumah ye!" 

???????

Dalam cahaya berbalam-balam itu, Si Mad'u membaca SMS yang dikirimkan. Blurrr! Otak sudah tidak boleh berfikir. Yang diperlukan adalah rehat...

Seminggu sebelum itu, Si Mad'u pernah menghantar SMS meminta bantuan pada salah seorang sis-sis itu..." Sis, boleh tak nak mintak tolong temankan saya waktu malam sepanjang suami outstation ni, tak sepenuh minggu pun tak apa...rasa seram juga dok umah sorang2 ni. Transport pun tak de...Jazakillah,"...

Replynya berbunyi begini : "InsyaAllah, ada masa saya datang ya..."...

'Alhamdulillah, ada juga orang concern...desis hati si mad'u.

Sehari,dua hari, tiga hari, empat hari, seminggu, dua minggu...

'Ah,tak datang-datang pun...,hm.. tak apalah. Nak tanya banyak2 kali segan juga. Mungkin semuanya sibuk berdakwah, urusan peribadi sana-sini..' pujuk hati kecil si mad'u..

Hinggalah tiba malam itu, SMS bertubi2 untuk mengajak ke program ketika si mad'u sakit...Dan setelah diberitahu sakit, demam tak boleh bangun...sis-sis tadi terus diam.Tak ada dah SMS susulan bertanya khabar...at least tanya makan ke tak, boleh bangun ke tak, nak pegi klinik ke???..

Si mad'u masih lagi berhusnuzhan...mungkin xsempat SMS, habis kredit...bla..bla...

Namun, jauh di sudut perasaannya, ada rasa tawar hati, jauh hati menjalar biarpun sedikit...

Dia mula berfikir....Di mana nilai ukhuwah yang diagung-agungkan?...Tarbiyyah hanya pada gempaknya program? Dakwah dilihat hanya pada deretan program yang dibincangkan dalam meeting setiap minggu? Oh, tidak! Gencarnya dakwah itu akan terlihat saat semakin ramai umat manusia yang mengikut Syariat Allah di muka bumi ini dengan izinNya jua...dan tidak dapat dinafikan ianya bermula dengan perkenalan, saling rasa cinta kerana Allah,seterusnya rasa ingin menyebarkan dakwah itu sendiri seiring kefahaman yang jitu...

Entri ini bukan untuk menilai secara generalize semua da'i tidak bersikap sepatutnya, tetapi lebih kepada peringatan. Cuba sekali-sekala kita meletakkan diri kita sebagai orang yang diajak untuk menyertai tarbiyyah,supaya tiada istilah syok sendiri, dan sentiasa muhasabah diri....

Jadi, mari kita nilaikan, yang dikatakan da'i itu sikapnya bagaimana? Sensitifnya dia pada nilai ukhuwah itu bagaimana?.. Ramai yang kata, alah itu pun nak terasa, sikit-sikit syu'ur...tak perlulah nak jaga hati sangat...Pernah juga saya mendengar komen-komen sebegini...Oh, patutla anak halaqah dia tak tsiqah, dia tak concern pun hal2 macam ni...Lah, tak tahu ke dia masuk hospital, Ukhti kan mas'ulah dia?..Komen mad'u pula...susahlah kak nak cerita masalah kat naqibah, dia macam tak banyak masa, halaqah pun cam nak cepat habis je...Ana tak rasa pun berukhuwah, yang rasa hanya penat berorganisasi...Aduh! Di mana silapnya kita? Mari kita muhasabah diri..... Mad'u  jauh hati, jangan harap komitmennya sepenuh hati kerana dia juga seorang manusia biasa...ada hati ada perasaan yang perlu dijaga...jangan harap di paham-paham sendiri kalau bukan kita yang cuba memahami dia dan memahamkan dia...Mari kita suburkan setiap elemen-elemen ukhuwah yang diajar oleh Rasulullah. Bagaimana sensitifnya Rasulullah terhadap para sahabat...Jom study bab ukhuwah ni then cuba terapkan dalam hidup sehari2...Moga dakwah lebih gencar...Amiin...

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment