Terkini

Kenangan Tarbiyah Ramadhan 3


Bersama jejaka-jejaka ganteng dan gadis-gadis sopan di Hospital Kemaman
Dah lama Ramadhan berlalu...sudah menginjak ke tahun baru pun.Tapi kenangan itu menjadi semakin hari semakin indah kerana nilainya.

Menemui pesakit-pesakit di hospital dan sebahagian daripada mereka menemui penduduk kampung Kuala Kemaman yang memerlukan bantuan.

Semakin lama mengenali masyarakat, semakin mengerti erti hidup. Jika dulu, banyak memikirkan diri sendiri, hati ini semakin tersentuh dan melunak saat mengenang diri jarang bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Sering melihat apa yang orang lain ada tetapi kita tak ada.

" Kita makan ayam goreng hingga naik jemu tak tahu nak makan apa dah. Tapi, bilakah kali terakhir mereka menjamu selera dengan ayam goreng sama seperti kita makan?".
Kuala Kemaman, 17 Ramadhan 1436 H

"Kita ke hulu ke hilir dengan kaki yang kekar,badan yang sado,makan apa sahaja kita mahu,buat apa sahaja yang kita mampu. Tapi, bilakah kali terakhir mereka berlari kencang di tanah kehidupan dengan kedua-belah kaki seperti kita ?".
Hospital Kemaman, 17 Ramadhan 1436 H 

Duhai! Diri yang sentiasa terlalai, jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur.
Engkau cuma hamba, bukan tuan!. 

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment