Terkini

Susahkah untuk mengucapkan terima kasih?

“Ana ada terbaca satu artikel ni, dari sumber dot..dot…, dalam artikel tu tulis 2 bende yang paling susah orang Melayu buat,akak nak tau apa?”, teringat ungkapan salah seorang mutarabbiku suatu ketika dulu.
“Apa dia?,” tanyaku lanjut.
“ Orang Melayu ni kadang susah untuk berterima kasih dan meminta maaf ,” jawabnya.
“ Ye ke? Macam tak percaya je,”Jawabku.

“ Akak mungkin tak kene lagi kot…nanti akak kene baru akak tau…ana dah banyak kali kene even dengan orang yang sama ditarbiyah …hehe…,” balasnya sambil gelak-gelak.
“ Hmm..ye ke? Harapnya kita tak seperti itu, Allah mentakdirkan sesuatu tu mesti ada sebab ukhti, sekurang-kurangnya sebagai ujian atau peringatan untuk kita. Sebagai orang Islam, sepatutnya perkara ini tak berlaku, sebab, hakikatnya orang Islam yang beriman pasti sentiasa merasa syukur even pada sekecil-kecil perkara dan sentiasa rasa ingin meminta maaf pada setiap kesalahan yang dibuat  walaupun kecil kerana jiwa mukmin itu sangat sensitif,” kataku.
Untuk kali ini saya suka bercerita tentang kisah-kisah yang saya lihat, saya rasa dan saya dengar tentang erti memberi, erti menghargai, semoga menjadi panduan dan teladan buat kita.
KISAH 1 :
Pada suatu petang, Ilmi (bukan nama sebenar) menerima panggilan telefon dari jirannya, meminta bantuan untuk menjaga anaknya keesokan harinya kerana pengasuh si kecil itu ada hal kecemasan. 
Kebetulan Ilmi tidak bekerja dan ada masa terluang, maka dia bersedia untuk membantu. Ketika si jirannya datang menjemput si kecil setelah pulang dari kerja, dititipkan sedikit upah menjaga anaknya seharian, juga seplastik makanan untuk Ilmi walaupun dia tidak pernah meminta imbalan terhadap pertolongannya bahkan menolak upah yang diberikan, tetapi si jiran itu tetap ingin memberi tanda berterima kasih atas bantuan yang diberikan padanya sepanjang hari itu. 
Pada minggu yang sama, kawan Ilmi juga kebetulan meminta tolong menjaga anak-anaknya…Ilmi bersedia membantu, apatah lagi mengingatkan beliau adalah kawannya…Ketika si ibu datang mengambil anak-anaknya, hanya senyuman yang diberikan, tiada juga ungkapan terima kasih apatah lagi selainnya. 
Benar, si teman yang menjaga anak-anak tadi membantu Lillahitaala, tidak mengharapkan apa-apa balasan, apalagi penghargaan,namun, secara psikologinya, sisi manusiawi perlu diambil kira. Ilmi tetap husnudzhan,mungkin si ibu penat dan tekanan kerja menyebabkan dia lupa untuk mengungkapkan terima kasih.. 
Namun, jauh di sudut hati agak terkilan dengan sikap seperti itu.Tidak mustahil untuk masa hadapan, jika diminta bantuan oleh kawannya, mungkin agak berat untuk membantu…Dia lebih selesa untuk membantu jirannya, bukan kerana wang upah, bukan kerana stok-stok makanan yang diberikan saat menjemput si anak, bukan….tetapi kerana si ibu itu bijak MENGHARGAI tetangganyakita ingin orang berterima kasih pada kita, tapi adakah kita sentiasa berterima kasih pada orang lain?. Kita ingin orang menghargai kita, adakah kita sentiasa menghargai orang lain?..Ingat, Hablun Minallah Wa Hablun Minannaas…dan what you give, you get back….
KISAH 2 :
Setelah penat beriadhah, Husna (bukan nama sebenar) dan Athifah (bukan nama sebenar), mereka berehat-rehat di bangku taman permainan. Mereka ini baru sahaja mula konsisten mengikuti liqa’ Al-Quran mingguan.Alhamdulillah…Saat mereka berbual-bual kosong,  tiba-tiba, salah seorang peserta riadhah pagi itu Ukhti Q meminta bantuan mereka berdua untuk menjaga anaknya kerana beliau ingin membeli makanan dan barang-barang keperluan di pasar minggu berdekatan.
Lalu, mereka dengan rela hati menjaganya. Pada masa yang sama, teman baik mereka berdua, Syukriah (bukan nama sebenar), juga ingin membeli sedikit makanan. Jadi, mereka berjalan beriringan menuju ke pasar tersebut. Setelah membeli barang-barang keperluan, mereka singgah di gerai menjual makanan siap. 
Ukhti Q membeli beberapa bungkus makanan dan minuman. Terdetik di hati Syukriah, ‘Agaknya kakak ini beli untuk Husna dan Athifah juga kot sebab mereka tolong  jaga anak dia’, tapi dia tidak berani bertanya, bimbang dikatakan ‘busy body’. ‘Ah, tak mengapalah, aku belikan juga sedikit makanan dan minuman untuk Husna dan Athifah, kesian mereka,dah pukul 9 lebih tapi belum sarapan, boleh makan sama-sama nanti’.
Lalu, Syukriah juga membeli beberapa ringgit pisang goreng dan air minuman. Setelah selesai membeli belah, mereka berjalan menuju kearah Husna dan Athifah. Maka, berlakulah insiden yang sepatutnya tidak berlaku terutamanya pada mereka yang kononnya ditarbiyah…Syukriah hanya ingin menguji dan memerhati keadaan. Rupa-rupanya, makanan yang banyak dibelikan oleh si kakak tadi tiada bahagian untuk Husna dan Athifah, untuk keluarganya sahaja…Husna dan Athifah juga hanya memerhati,mana tahu ada makanan untuk mereka,walaupun tidak mengharapkan apa-apa balasan. Semoga niat mereka ikhlas membantu. 

Terdetik lagi di hati Syukriah, ‘Sampainya hati kakak ni buat macam ni’…Tanpa berlengah,  Syukriah memanggil Husna dan Athifah untuk makan bersamanya, dia telah membeli 3 bungkus air dan seplastik pisang goreng untuk dikongsi bersama.

Yang ‘best’ tu, boleh pula ‘si kakak’ dan anak-anaknya makan goreng pisang bersama mereka..huhu.. ‘ Makanan dia simpan untuk family, makanan orang dia makan, Adusss!’ detik hati Syukriah…’Astaghfirullah…Tak baik fikir macam tu, mungkin dia terlepas pandang..’ . Ya, bagi sesetengah orang bila telah diberi bantuan, dia tidak lokek untuk turut memberi juga , bagi sesetengah orang ‘common sense’ la kan, dah orang tolong kita, apalah salahnya belanja makan ke, bagi apa-apa ke yang kita mampu…tetapi manusia tetap manusia. Pasti ada perbezaan cara fikir, cara bertindak dsb!...
Cukuplah dua kisah kehidupan ini untuk membuka ruang fikiran kita. Jika kita adalah orang yang menghulurkan bantuan, tetaplah meluruskan niat membantu itu kerana Allah semata-mata, tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan balasan Allah di akhirat nanti.
Jika kita adalah orang yang meminta bantuan, belajarlah untuk menghargai, tidak rugi apa-apapun sekiranya kita menghargai, tidak rugi apa-apapun kalau kita sentiasa mengungkapkan terima kasih, tidak rugi apa-apa pun kalau kita sentiasa memberi, Allah Maha Pemurah, setiap yang kita berikan akan dibalas kembali oleh Allah kepada kita. Rugi ke? Akan miskinkah orang yang selalu memberi ?   
Fikirkanlah..dan ingatlah, “ Tahaadu, Tahaabu ”, memberi hadiah akan menambahkan kecintaan, merapatkan hubungan, menambah manisnya ukhuwah… Jadilah ‘orang yang sensitif’..InsyaAllah, tanpa minta dihormati, tanpa minta disayangi, seluruh makhluk di langit dan bumi pasti menghormati dan menyayangi kita…Amin..sekali lagi, What We Give, We Will Get Back!!!..

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment