Terkini

K-Pop dan Avangelist

Terpanggil untuk menggali kenapa K-POP???...rasa sangat tidak puas hati kerana saya terfikir pasti ada 'hidden agenda'. Pelbagai komen dan kutukan terhadap insiden berpelukan di atas pentas antara anak Melayu kita dengan artis B1A4...

Satu perkongsian yang bagi saya cukup membantu...Minat tu minat juga wahai adik-adik, tapi kita mesti tahu siapa mereka..apa agenda mereka. Sudah besar panjang, saya yakin semua boleh membuat penilaian yang baik.

Jangan sampai mengorbankan agama disebabkan minat kita yang mendalam itu.








 Antara fakta yang saya jumpa:-

1. Negara Korea Selatan (dahulunya semasa Korea yang satu) mempunyai penganut Kristian kurang dari SETENGAH peratus sahaja (0.5%) dari keseluruhan penduduknya. (pada tahun 1905). Selepas 100 tahun berlalu, hasil dari gerakan dakyah Kristian besar-besaran sekitar tahun-tahun 70an dan 80an (berlanjutan ke 90an) penganut Kristian menjadi kelompok agama yang terbesar di Korea Selatan pada tahun 2006. Malah, negara itulah satu-satunya negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk Kristian majoriti.

2. Pada tahun 2006, Korea Selatan telah menjadi negara pengeksport mubaligh Kristian kedua teramai selepas Amerika Syarikat, menggantikan United Kingdom sebelum itu. Mubaligh Kristian dari negara Korea Selatan berkeliaran seluruh pelusuk dunia. Mereka di Iraq dan di Afghanistan menyamar (baca MENIPU) untuk misi bantuan kemanusiaan dan ada yang menjadi “penterjemah” (?) – ingat yang disembelih dalam youtube dulu? Kumpulan mubaligh dari Korea Selatan juga pernah ditangkap oleh kumpulan Taliban dan dibunuh 2 orang dari 23 mereka.

3. Kajian rambang yang dibuat mendapati, hampir 80% dari artis K-Pop beragama Kristian (tidak kira kumpulan lelaki mahupun perempuan). Selebihnya adalah terdiri dari golongan atheis, Buddha dan kepercayaan animisme.

4. Ramai dari artis K-Pop ini adalah aktivis gereja dan terlibat langsung dalam dakyah agama Kristian. Sebahagian besar dari mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil/remaja – sebelum popular menjadi artis K-Pop. Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi dari Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an sebelum K-Pop menjadi popular.

Kembali kepada isu yang kita bincang, berkaitan gadis-gadis Melayu lengkap bertudung yang merelakan diri dicabul di khalayak ramai, mungkin adalah suatu penghinaan yang disengaja dan mungkin inilah agenda jahat terselindung pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur. Kisah Aishah Bukhari dan Azlina Jailani masih kita ingat!

About tinta marjaan

tinta marjaan
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment